Wednesday, 30 May 2012
Sunday, 27 May 2012
Good luck ! :)
Esok orang tue dah daftar kat matriks dah.
Dye dah jadi budak matriks.
Dah besa.
Fuyoooo.
Haha :D
Good luck okay kat sane nanti.
Tak maw nakal-nakal.
Hehe.
Belajar rajen-rajen taw.
Ingat azam awak.
Jangan lupe.
Kalau lupe cari alarm awak nie. ;)
Jage solat jage diri jage pandangan jage iman taw.
Kalau tak siap !
:p
:p
Kalau ade pape problem.
Cari la ah jie awak nie.
Hope boleh tolong.
Kalau tak boleh tolong pun hope boleh jadi listener yang baek. :)
Ingat ayat nie always okay.
Tekan gambar kat atas nie taw.
Nanti dye gerak-gerak.
Haha.
Good luck my dear.
All the best at there.
Saye always support awak.
Iloveyou. :)
Iloveyou. :)
Tuesday, 22 May 2012
Terima kaseh awak ! :)
Awak.
Terima kaseh.
Sebab sudi datang rumah.
Sebab sudi belikan saya barang-barang.
Sebab sudi layan saya yang always tak betol.
Sebab sudi buat kek beras dengan saya.
Sebab sudi gila-gila dengan family saya.
Sebab sudi sayangkan meme and fluffy.
Sebab sudi sayangkan ibu and ayah macam parents awak sendiri.
Sebab sudi share semua dengan saya.
Kalau nak tulis semua memang tak cukup satu blog.
Apa-apa pun.
Saya just nak berterima kaseh kat awak sangat-sangat.
Thanks because always being beside me.
I LOVE YOU !! :)
Sunday, 13 May 2012
Kahwin Usia Muda Dan Tahap Wajib Kahwin
Perkahwinan adalah suatu benda yang cukup berat. Ia melibatkan soal
amanah, tanggungjawab dan hubungan yang berterusan sehingga mati. Ia
juga merupakan perbincangan tentang suatu alam yang penuh dengan dugaan
dan cabaran, baik dari segi lahiriah mahupun batiniah.
Nikah kahwin suatu perkara yang berat. Memang berat.
Bermakna , bukan calang2 orang yang ‘lepas’ untuk masuk ke alam
tersebut. Ibarat kata, kalau belum penuh ilmu di dada, jangan berani2
cakap pasal kahwin. Lebih kurang begitulah.
Tetapi hari ini, kita bercakap tentang perkahwinan untuk golongan muda, atau dengan istilahnya kahwin muda.
Bukan bermakna perkahwinan itu untuk golongan tua. Tetapi perbincangan
tentang nikah muda lebih kepada golongan remaja yang pada pandangan umum
belum lagi matang, tidak mempunyai kerjaya, masih belajar dan
sebagainya.
Sudah tentu, pernikahan atau alam perkahwinan yang merupakan perkara
berat, sukar untuk dipadankan dengan golongan muda, yang kebanyakannya
masih mentah dan ditakuti tidak berupaya menanggung tanggungjawab
perkahwinan yang berat tersebut.
Dari situ, wujudlah perbincangan dan perbezaan pendapat tentang kahwin muda.
Boleh atau tidak. Wajar dibenarkan atau wajar disekat. Belajar dulu
atau kahwin semasa belajar. Wajib ada kerja dulu atau tidak. Serta
berbagai2 perbincangan yang lain.
Baik, untuk tidak mengusutkan lagi keadaan, saya rasa ada baiknya kita bincangkan secara keseluruhan kahwin muda ini dengan lebih jelas.
HUJAH
Pertama sekali kita perlu faham, bahawa pihak yang menggalakkan ada
hujahnya dan pihak yang melarang juga ada hujahnya. Seperti biasa, kita
mahu mencari kebenaran. Bukan mahu sengaja memberi menang atau condong
kepada mana2 pihak.
Kedua, perbincangan tentang kahwin muda
bukan perbincangan yang bersifat objektif atau tetap. Ia suatu perkara
yang subjektif. Dengan kata lain, ia bergantung pada individu dan
keadaannya.
Seperti yang kita sedia maklum, hukum nikah tidak akan lari dari 5
hukum sedia ada. Samada ia menjadi wajib, sunat, harus, makruh ataupun
haram. Maka, perbincangan tentang mahu membenarkan nikah awal ataupun
melarangnya, sangat2 bergantung kepada 5 hukum tersebut.
Jadi, perlu faham dengan baik2. Saya ringkaskan seperti di bawah :
Situasi A : Seorang pemuda yang mahu berkahwin, sudah mempunyai pasangan, tetapi belum mempunyai kerjaya yang tetap atau masih belajar.
Dalam keadaan di atas, hukum berkahwin ke atas pemuda tersebut masih
di tahap harus semata2. Jadi, kalau satu pihak mahu menggalakkan dia
berkahwin muda , maka hukumnya harus. Kalau satu pihak mahu melarang dan
menyuruh supaya difokuskan pelajaran, juga harus. Pada saya, pendapat
kedua lebih baik. Iaitu berusaha menumpukan perhatian pada pelajaran
terlebih dahulu.
Situasi B : Seorang pemuda yang mahu berkahwin ,
sudah mempunyai pasangan, belum mempunyai kerjaya, tetapi tidak mampu
menjaga perhubungan antara dia dan pasangannya. Kerapkali terjebak
dengan maksiat dalam perhubungan tersebut. Tidak lagi dapat menumpukan
perhatian pada pelajaran, begitu juga pasangannya.
Dalam keadaan di atas, hukum berkahwin ke atas pemuda tersebut adalah
wajib. Bukan lagi harus mahupun sunat. Ini kerana, dia berada dalam
keadaan melazimi maksiat atau zina, dengan asbab dia menangguhkan
perkahwinan. Kalau satu pihak mahu melarang dan mencegah dia dari
berkahwin muda, maka itu salah sama sekali. Seharusnya, semua pihak
mendorong beliau supaya dapat berkahwin walaupun masih muda.
Baik, sekarang saya nyatakan dengan jelas. Pendapat saya, golongan
yang berada dalam situasi B adalah wajib berkahwin. Dan saya sangat
menyokong alternatif ‘nikah khitbah’ kepada golongan2 seperti ini. Dan
selepas ini, perbincangan saya tentang ‘kahwin muda‘ adalah khusus kepada golongan yang berada dalam situasi ini sahaja. Iaitu wajib kahwin. Bukan yang sunat, bukan yang harus.
KENAPA HALANG ?
Semua orang tahu, pihak yang melarang kahwin muda kebanyakannya
mempunyai hujah yang sama, iaitu belum cukup pengalaman, tidak matang,
tidak ada kemampuan dan yang sewaktu dengannya. Saya tidak menafikan
bahawa ini merupakan satu risiko, disebabkan perkahwinan itu suatu
perkara yang berat.
Tetapi dalam masa yang sama, mereka berdepan dengan satu lagi risiko
yang lebih besar, iaitu zina. Zina ialah suatu maksiat kepada Allah yang
sangat besar dosanya, bahkan ia mengakibatkan rosaknya keturunan,
penyakit kelamin, gejala buang bayi dan aids. Mudharat atau risiko ini
sangat2 besar berbanding mudharat atau risiko tidak berapa matang,
kurang berkemampuan , belum bekerja, masih belajar dan sebagainya.
Maka kita menggunapakai kaedah fiqh , iaitu menimbang antara dua
mudharat. Selepas ditimbang, terbukti mudharat kedua iaitu zina lebih
besar, berbanding mudharat pertama. Maka, mahu atau tidak, kita wajib
mengambil mudharat kedua yang lebih ringan. Lalu, kahwinkan mereka dalam
usia yang muda adalah langkah terbaik.
Masihkah dapat kita bertoleransi dengan golongan2 yang masih berkeras
melarang, sedangkan situasi anak2 mereka sudah berada di tahap yang
begitu serius? Masih lagikah kita mahu bertangguh2 dan ‘meraikan’
pendapat mereka sedangkan setiap hari berlaku kemungkaran dan
kemaksiatan kepada Allah yang begitu dahsyat..?
Cubalah letakkan agama di depan. Letakkan maqasid syar’iah itu di
depan. Syariat ini Allah turunkan semata2 untuk mengislahkan manusia dan
mengelakkan manusia dari mudharat. Lalu kenapa masih kita berkeras
sedangkan kemudharatan bertimpa2 di depan mata?
PUASA
Ini juga suatu isu. Ada golongan berpendapat, janganlah diambil hadis
tentang anjuran berkahwin itu sekerat2. Sabda Nabi s.a.w : ” Wahai pada
pemuda, barangsiapa yang mempunyai kemampuan dari kalangan kamu, maka
berkahwinlah, kerana kahwin itu boleh menjaga pandangan dan boleh
menjaga kehormatan. Jika kamu tidak mampu maka berpuasalah, kerana pada
puasa itu ada penjagaan ”
Kata mereka, nabi anjurkan berpuasa untuk orang yang tidak mampu
berkahwin. Lalu, golongan2 yang berada dalam keadaan wajib kahwin pun
disekat dengan hujah yang sama. Pada saya, ini jelas sekali tidak
memahami syariat. Islam bukan suatu agama yang sedemikian zalim,
sehingga membebankan manusia dengan apa yang dia tidak mampu. Islam itu
agama rahmat, jadi jangan sampai kerana kita, orang lain gagal melihat
rahmatnya Islam.
Anjuran berpuasa itu terpakai untuk golongan yang hukum kahwin pada
mereka masih di tahap harus mahupun sunat. Adapun di tahap wajib, ia
tidak terpakai. Sebaliknya wajib berusaha dan ditolong semampu mungkin
untuk mereka berkahwin.
Ada juga pendapat yang menganjurkan mengembara, supaya dapat
melarikan fokus daripada berkahwin. Sekali lagi, pendapat ini terpakai
untuk keadaan harus dan sunat sahaja. Adapun dalam keadaan wajib, ia
lebih merosakkan berbanding memberi kebaikan.
MAMPU DAN BERSEDIA
Golongan yang berada dalam keadaan wajib kahwin ini wajar dibantu,
bukan dikritik. Mereka ini ada kalanya tidak mampu tetapi sudah
bersedia. Mereka bersedia untuk menjadi seorang suami, untuk memikul
tanggungjawab, untuk menjadikan kahwin sebagai wasilah berubah dan
menjadi seorang hamba Allah yang lebih baik. Tetapi mungkin mereka belum
mampu terutama dari segi kewangan.
Patutkah diminta hantaran berbelas ribu pada mereka? Patutkah ditagih
kerjaya tetap, berkereta dan mempunyai rumah pada mereka? Sebenarnya,
ini yang menjadikan mereka tidak mampu. Tidak mampu kerana mereka
dibebankan. Tetapi kalau tidak dibebankan, saya optimis mereka
sebenarnya mampu.
Rezeki itu di tangan Allah, bukan manusia. Asalkan mereka ada tekad
yang baik, niat yang ikhlas, bersedia menanggung tanggungjawab, bukan
bermain2, serius mahu berubah, maka mereka wajar ditolong. Salah satu
caranya adalah dengan mempermudahkan perkahwinan kepada mereka.
Apabila kita permudahkan kepada mereka, maka jadilah mereka orang
yang mampu dan bersedia. Jadi tidak timbullah soal kemampuan dan
sebagainya. Apa yang lebih penting adalah individu muslim dan bait
muslim terlaksana dengan baik.
NERACA WAJIB KAHWIN
Baik, saya mahu timbulkan soal wajib kahwin.
Sebenarnya, keadaan mana yang dikira sebagai wajib kahwin..?
Ini kerana, istilah wajib kahwin itu kedengaran begitu ‘aib’ pada
sebahagian orang, sedangkan dalam masa yang sama mereka tidak sedar yang
mereka berada dalam keadaan tersebut!
Mudahnya begini.
Pada mereka, orang yang tidak tenteram hidupnya, bergelodak nafsunya,
sampai tahap tak boleh tengok perempuan, sampai tahap kalau tidak dapat
kahwin, comfirm akan berzina, cari pelacur dan sebagainya, maka inilah
orang yang berada dalam tahap wajib kahwin.
Habis bagaimana pula dengan orang yang tidak sampai ke tahap
tersebut, tetapi setiap hari terjebak dengan maksiat dalam perhubungan?
Umpamanya, kerapkali bertemu ( dating ), berpegangan tangan,
bercumbu2an , ringan2 ( tidak sampai ke tahap berzina ), bercakap dengan
kata2 yang menaikkan nafsu syahwat dan sebagainya?
Itu keadaan pertama.
Keadaan kedua , jarang bertemu, tetapi sering berhubung di telefon,
di internet, main sms, ayat2 jiwang, bergayut siang malam dan
sebagainya?
Apakah kedua2 keadaan ini bukan keadaan wajib kahwin..?
Habis hukumnya apa? Harus? Sunat?
HARAM
Apa yang diharamkan oleh Allah dalam bab hubungan lelaki dan wanita
adalah jelas. Baik dari segi melihat, bercakap dan bersentuhan. Segala
nas dan dalil ini adalah qat’ie dan tetap. Haram tetap haram. Bahkan ia
turut dinamakan sebagai ‘zina’ dalam hadis. Mata yang berzina, telinga
yang berzina dan tangan yang berzina. Apatah lagi kalau sehingga
melibatkan nafsu syahwat.
Saya percaya, zaman ini, ramai pasangan yang bercouple dan berada
dalam situasi ini. Tetapi mereka tidak merasakan mereka di tahap wajib
kahwin. Mereka tidak merasakan apa yang mereka buat sebagai dahsyat atau
teruk. Mereka tidak merasakan mereka dalam keadaan ‘terdesak’ sehingga
wajib kahwin cepat2. Mereka tidak merasakan mereka akan terjerumus dalam
lembah penzinaan pun kerana mereka kononnya ‘menjaga’.
Pada saya, semua situasi itu adalah situasi wajib kahwin. Kerana
tidak ada istilah sunat mahupun harus untuk keadaan2 yang melibatkan
perkara haram dan kemaksiatan kepada Allah. Hanya perkahwinan merupakan
jalan keluar kepada pasangan2 yang berada dalam semua situasi di atas.
Malangnya, ramai yang berada di tahap wajib kahwin, tetapi langsung
tidak menyedari hakikat tersebut. Maka hiduplah mereka dalam dosa dan
kemaksiatan setiap masa dan waktu.
ISU ZINA DAN GILA SEKS
Kadang2, bila kita bercakap soal mendorong golongan muda supaya
segera berkahwin dengan sebab2 yang dibincangkan di atas, maka akan
timbul pula satu pendapat, yang mana seolah menyatakan saranan kita
sebagai tidak relevan.
Ada pendapat yang menyatakan bahawa kahwin bukan ‘ubat’ kepada kaki zina dan kaki seks bebas.
Benar. Saya setuju seratus peratus. Bahkan saya tidak pernah
menyatakan bahawa kahwin muda adalah ubat kepada orang muda yang kaki
zina dan kaki seks bebas.
Kahwin adalah satu wasilah untuk memperbaiki diri dan menjaga
perhubungan serta mengelakkan zina. Apabila berada dalam dunia penuh
tanggungjawab, mereka akan mula berubah ke arah yang lebih baik, dan
dalam masa yang sama tuntutan nafsu mereka juga terjaga.
Tetapi terkecuali di sini manusia yang mahu berkahwin semata2 kerana nafsu dan seks!
Kalau kita menyuruh mereka untuk segera berkahwin semata2, maka kita
sebenarnya meletakkan mereka dalam mudharat yang lebih besar. Apa yang
mereka fikir hanyalah tentang seks, maka apa jaminan kita bahawa selepas
berkahwin mereka akan tenteram dan berhenti dari mengamalkan seks
bebas? Tidak mustahil, tabiat tersebut menjadi lebih teruk dan tekanan
dalam alam rumahtangga akan membawa kepada perceraian.
Tidak, saya sama sekali tidak bersetuju dengan keadaan di atas.
Berkahwin atas dasar nafsu semata2 bermakna perkahwinan tersebut akan
runtuh bila2 masa sahaja.
Ubat kepada maksiat tersebut adalah taubat. Tujuan perkahwinan perlu
disedarkan kepada mereka terlebih dahulu. Ada step dan peringkatnya.
Bukan sembrono kita galakkan supaya berkahwin muda. Jauh sekali untuk
membiarkan mereka berseronok semata2.
Dan untuk melakukan semua kerja di atas, kita perlukan tenaga yang
ramai. Seharusnya, semua pihak berpakat untuk menjayakan misi kahwin
muda kepada generasi hari ini. Hubungan mereka dengan Allah sudah tentu
menjadi agenda utama kita dalam mengajak mereka ke arah perkahwinan
mengikut syariat.
KESIMPULAN
Pada saya, usaha ke arah menggalakkan remaja hari ini supaya
berkahwin adalah suatu usaha yang sangat baik. Pelbagai pihak patut
menyumbang dalam menjayakan usaha seperti ini. Alangkah bagus jika ada
pihak yang memberi fokus dalam usaha menyedarkan golongan muda ini
tentang Islam, tentang hubungan mereka dengan Allah, pembinaan jatidiri
sebagai muslim yang mukmin dan sebagainya. Satu pihak yang lain pula
memberi fokus dalam usaha membantu mereka mendapatkan sumber kewangan
untuk berkahwin, membantu mereka dalam membuat perancangan hidup dan
sebagainya.
Seandainya usaha2 ini dilaksanakan, dan golongan muda tidak lagi
melihat perkahwinan sebagai jalan keluar yang mustahil bagi mereka, saya
optimis, gejala sosial yang semakin merosakkan anak muda kita hari ini
akan dapat dikurangkan.
Semoga Allah menyinari hati2 kita dengan petunjukNya. Amin
Sekian.
p/s: Kata-kata Ustaz Azhar Idrus dalam Petua Mencari jodoh
Tuesday, 8 May 2012
5 Tips Jimat Untuk Kumpul Duit Kahwin
Salah satu cara yang paling ekspress untuk meningkatkan kewangan
anda adalah dengan mengurangkan perbelanjaan dan mencari jalan untuk
menjimatkan wang. Bagi kaum lelaki khususnya, wang adalah aspek yang
PALING penting dalam merancang bajet perkahwinan. Tips-tips di bawah
sangat sesuai diamalkan oleh mereka yang sedang dalam proses ke arah
berumahtangga:
1. Jangan selalu beli barangan branded
Kadang-kadang, most of the peoples memang suka guna barangan berjenama atau branded. Better quality, they said. Betul tu tapi harganya memang confirm mahal! Tetapi anda kena ingat yang sekarang nie, objektif anda adalah untuk cut-cost demi nak save bajet untuk kahwin.
Kadang-kadang, most of the peoples memang suka guna barangan berjenama atau branded. Better quality, they said. Betul tu tapi harganya memang confirm mahal! Tetapi anda kena ingat yang sekarang nie, objektif anda adalah untuk cut-cost demi nak save bajet untuk kahwin.
2. Jaga keselamatan dan kesihatan anda
Sentiasalah pakai tali pinggang dan topi keledar semasa keluar dengan motor atau kereta. Cuci tangan dengan bersih bagi mengelakkan jangkitan H1N1 dan penyakit2 lain. Kalau anda rajin jaga kesihatan, gerenti anda boleh elakkan daripada membayar bil hospital yang terlampau tinggi tu.
Sentiasalah pakai tali pinggang dan topi keledar semasa keluar dengan motor atau kereta. Cuci tangan dengan bersih bagi mengelakkan jangkitan H1N1 dan penyakit2 lain. Kalau anda rajin jaga kesihatan, gerenti anda boleh elakkan daripada membayar bil hospital yang terlampau tinggi tu.
3. Kurangkan ‘dating’ pada setiap hujung minggu
Untuk mereka yang bekerja, hujung minggu mungkin adalah masa yang korang tunggu-tunggu supaya dapat keluar berjalan-jalan bersama awek tersayang. Masa keluar ni, memang confirm duit anda pun akan ‘keluar’ sama. Yelah, masa keluar makan, takkan awek pulak yang kena belanja, kan? Jadi, kalau dah kemaruk nak kahwin, kurangkan ‘dating’ pada hujung minggu yer. Kalau awek marah-marah, cakap kat dia “Sayang, abang nak simpan duit untuk pinang sayang…”
Untuk mereka yang bekerja, hujung minggu mungkin adalah masa yang korang tunggu-tunggu supaya dapat keluar berjalan-jalan bersama awek tersayang. Masa keluar ni, memang confirm duit anda pun akan ‘keluar’ sama. Yelah, masa keluar makan, takkan awek pulak yang kena belanja, kan? Jadi, kalau dah kemaruk nak kahwin, kurangkan ‘dating’ pada hujung minggu yer. Kalau awek marah-marah, cakap kat dia “Sayang, abang nak simpan duit untuk pinang sayang…”
4. Kurangkan membeli suratkhabar / majalah
Untuk orang yang tak gemar membaca, ini takkan jadi masalah. Memang elok kita membaca suratkhabar untuk tahu perkembangan semasa, tetapi sekarang nie dah ada cara jimat untuk membaca paper, iaitu melalui Internet. Kalau kat rumah atau ofis anda ada Internet connection, surf je laman-laman suratkhabar seperti Utusan, Metro dan lain-lain lagi dan baca saja di situ. Kan jimat tu. Untuk yang suka membaca majalah hiburan pula, baca je blog gosip artis kat internet.
Untuk orang yang tak gemar membaca, ini takkan jadi masalah. Memang elok kita membaca suratkhabar untuk tahu perkembangan semasa, tetapi sekarang nie dah ada cara jimat untuk membaca paper, iaitu melalui Internet. Kalau kat rumah atau ofis anda ada Internet connection, surf je laman-laman suratkhabar seperti Utusan, Metro dan lain-lain lagi dan baca saja di situ. Kan jimat tu. Untuk yang suka membaca majalah hiburan pula, baca je blog gosip artis kat internet.
5. Kurangkan membeli gajet elektronik
Di zaman IT yang serba canggih ni, semacam ada tarikan magnet untuk membeli dan menggunakan gajet-gajet yang mewah dan berteknologi tinggi misalnya PS3, Garmin, Tablet PC dan sebagainya. Kebanyakan daripada alat-alat ni memang serius mahal. Remaja memang sangat mudah tertarik untuk beli. Jadi, untuk elak dari membeli, buat-buatlah tutup mata bila nampak gajet-gajet baru ni.
Di zaman IT yang serba canggih ni, semacam ada tarikan magnet untuk membeli dan menggunakan gajet-gajet yang mewah dan berteknologi tinggi misalnya PS3, Garmin, Tablet PC dan sebagainya. Kebanyakan daripada alat-alat ni memang serius mahal. Remaja memang sangat mudah tertarik untuk beli. Jadi, untuk elak dari membeli, buat-buatlah tutup mata bila nampak gajet-gajet baru ni.
Wednesday, 2 May 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)