CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, 14 August 2012

Allah yang tentukan :)



:♥ Kita BERKENALAN secara tak sengaja, adalah PERANCANGAN ALLAH.


:♥ Kita BERKAWAN begitu lama bertahan pun, ALLAH yang RANCANG.


:♥ Kita dikurniakan RASA SUKA antara satu sama lain juga, ALLAH yang BERI.


:♥ Kita masih BERSAMA walau banyak dugaan menimpa, ALLAH yang ATURKAN.


:♥ Kita dikurniakan KESEDARAN dan KEINSAFAN juga kerana, ALLAH SAYANG PADA KITA.


:♥ Kita BERJAUHAN untuk mencapai REDHA-NYA juga, DIA yang RANCANG.


:♥ Kita BERDOA untuk KEBAHAGIAAN masing2 juga, ALLAH yang DETIKKAN dalam hati kita.

Sunday, 12 August 2012

Bila Aisyah cemburu


"Nabi Muhammad S.A.W selalu tarik hidung Aisyah bila dia cemburu"
so sweet ♥♥♥

Wednesday, 1 August 2012

August !

Welcome to august my dear ! :D


Lupe nak wish hari tue.
18-07-12



Happy Anniversary Sweetheart !




Something is waiting for you. 
Balek rumah cepat lah.
Hee ! :D


Monday, 16 July 2012

Outstation :)


Oppaaaa....
Haha.
 
I'd take some picture for you
when i in perlis.
So busy leyh at there.
Busy la sangat kan.
Haha.

Here's the picture..
Exclusive for you taw..
Huhu..









All of this place just covered by green right ?
Its very very calm here you know.
Faster getting old lah you.
Want to go here with you.
Huhu.
 
 

I LOVE YOU



Azuwar-sshi..




SAYA SAYANG KAMU..
WO AI NI..
SARANGHAEYO..
MAHAL KITA..
AISHITERUYO..


Sunday, 1 July 2012

ChokiChoki :D

Annyonghaseyo lagi oppa..

Nie nak cerita pasal kat office pulak.
Yela.
Kat office mase awalawal masok boring la.
Tade keje punye pasal.
Inilah yang jadinye.
Haha.

Nie chokichoki. 


Saye tak tahu nak bagi name ape dah kat dia.
Haha.
Dia la jadi model untuk gambar saye.
saye malu la nak jadi model.
Hehe.

Nie awak gambar dia. :)







Ade pulak saye. Malu.
Haha. 


Rajen betol chokichoki buat keje.
Kan kan kan ?
Haha.
Konon konon la kan ?
Huhu.

Nie je buat mase nie awak.
Miss you.
:)

Injeolmi


Annyonghaseyo. ^^


Oppa !

Hari nie nak cerita pasal makanan pulak.
Ingat lagi tak injeolmi yang kite buat ?
Tahu tak injeolmi ?
Injeolmi tue rice cake la.
Glamour sikit pakai name korea.
Haha.

Saje je nak post gambar nie.
Rindu nak buat rice cake samesame lagi.
:)


Sedapnyeeee..
Teringin nak makan lagi.
Hehe.

Hodoh !!

Assalamualaikum w.b.t
Wah. Sopannye saye.
Haha.
:p

Awak.
Nie hodoh.
Name samaran je.
Name betol tataw lagi.
Huhu.
Da besar da dye.
Da 1 bulan lebih da.

Nie gambar dye.
Hee. :D








Kyo kan ?
Hehe.

Balek la cepat.
Tengok anak kucing.
Hee. ;)

Saturday, 16 June 2012

'Couple' Yang Halal


alt

Indah kan kita bercinta?
Indah kan bila kita saling merindu?
Indah kan bila kita boleh berpengangan tangan di hadapan semua orang?
Indah kan bila kita saling meluangkan masa?
Dan indah kan bila semua itu HALAL untuk kita?

“Allah SWT berfirman, “Pasti akan mendapat cinta-Ku orang-orang yang cinta-mencintai karena Aku, saling kunjung-mengunjungi karena Aku, dan saling memberi karena Aku.” (Hadits Qudsi).
Cinta tu fitrah,
Cinta tu indah.
Dan lagi indahnya cinta itu,
Bila 'i love you'
Lebih-lebih lagi redha Allah dan hubungan yang sah!


Sebenarnya,tak salah untuk kita kahwin awal atau kahwin muda. Malah Perkahwinan itu suatu ibadah , sesuatu yang indah .Dan  cantiknya cinta itu bila kita menikah dahulu disebabkan rasa sayang dan hormat kita pada pasangan kita, kerana kita bimbang jika cinta kita dan pasangan kita itu boleh menyebakan dosa dan maksiat .Inilah yang baru dinamakan cinta!
Pernah dengar tak pasal nikah khitbah? Nikah khitbah ini sebenarnya indah,seronok dan bukannya menakutkan. Nikah khitbah ini bermaksud apabila pasngan itu menikah tetapi tinggal berasingan atau orang melayu panggil ia sebagai 'nikah gantung' .Nikah khitbah ni sebenarnya macam tiket untuk betul-betul ber'couple' dan bercinta dengan pasangan kita.Dengan tiket nikah ni, tiada masalah untuk kita bermesra, bergurau senda dan sebagainya dengan pasangan kita kerana dah disahkan sebagai suami isteri yang lebih menepati khitbah secara Islam.
'Couple' lain semua bercinta
Tapi kita lebih istimewa kerana saling mencintai kerana Allah
'Couple' lain berpegangan tangan dan ianya berdosa
Tapi kita halal untuk berpegangan tangan dan bermesra dengan izin Allah.
Seronok kan??
"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1).
Oleh itu, bagi anda yang sedang bercinta atau mencintai seseorang . Hormatilah pasangan anda dan janganlah kalian melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah. Atau jika anda dan pasangan anda saling mencinta , jagalah hati dan ambillah langkah seperti 'nikah khitbah' ini. Dengan nikah khitbah ini, bolehlah kita menjadi 'couple' dengan romantik dan halal. 
Indah kan?

Semoga Allah menganugerahkan saya dan awak cinta yang paling indah , halal dan berkekalan sampai jannah.Alhamdulillah :)

Sumber

Tips Kahwin Muda Dan Cara Berhadapan Dengan Ibu Bapa


alt
Perkahwinan merupakan salah satu tuntutan Islam yang wajib sekiranya seseorang individu tersebut mempunyai kelayakan dan cukup syarat untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri. Dalam masyarakat kita pada hari ini, tidak ramai yang memilih untuk melaksanakan perkahwinan dalam usia yang muda. Muda disini adalah dalam lingkungan 20-24 tahun.
Usia sebegitu seringkali dianggap sebagai belum cukup dewasa atau matang bagi memenuhi tuntutan dalam perkahwinan. Namun ianya bukanlah satu masalah yang tidak boleh diselesaikan. Terdapat beberapa tips bagi mereka yang ingin mendirikan mahligai perkahwinan seawal usia 20-24 tahun.
Berikut adalah tips-tips yang boleh anda cuba ikuti :-
1- Anda harus menonjolkan akhlak dan peribadi yang baik kepada ibubapa, adik-beradik, saudara mara serta orang sekeliling. Sahsiah diri yang terpuji mampu meyakinkan ibubapa untuk ‘melepaskan’ anda ke dunia lain yang lebih mencabar iaitu perkahwinan.
2- Tunjukkan kematangan anda dalam setiap pekerjaan yang anda lakukan. Baik dari segi membuat keputusan mahupun dalam berfikir dan bertindak. Kematangan dalam kepimpinan juga penting bagi lelaki yang ingin mendirikan rumahtangga seawal usia yang muda.
3- Jaga ibadah dan amalan sebagai seorang Muslim yang baik. Lakukan amalan wajib dengan sempurna dan tingkatkan amalan-amalan sunat yang lain sebagai persediaan rohani sebelum bergelar pasangan suami isteri.
4- Beritahu keluarga dan orang-orang terdekat anda bahawa perkahwinan yang bakal anda dirikan bukanlah berlandaskan nafsu semata-mata. Akan tetapi perkahwinan yang anda ingin dirikan adalah sebagai memenuhi salah satu tuntutan ibadah dan tanggungjawab seorang Muslim.
5- Anda juga perlu menunjukkan sedikit sumber pendapatan yang anda miliki sekarang bagi meyakinkan ibubapa anda untuk anda berumahtangga. Sumber tersebut adalah seperti gaji bulanan, side income serta simpanan anda terdahulu. Bagi yang masih belajar, usahakan untuk mencari side income sendiri dengan melakukan kerja-kerja luar (part-time) ataupun berniaga sendiri secara kecil-kecilan. Ini penting sebagai keyakinan kepada ibubapa bahawa anda mampu untuk menganggung pasangan seawal usia muda.
6- Buat pasangan yang masih belajar, letakkan usaha dan ilmu di tahap yang tertinggi. Pastikan perancangan anda untuk mendirikan perkahwinan tidak mengganggu pelajaran dan fokus anda sebagai pelajar. Fahamkan pasangan dan ibubapa tentang komitmen utama anda. InsyaAllah mereka akan menyokong dengan baik.
7- Jalankan tugas dan tanggungjawab anda dengan lebih baik dari kebiasaan bagi 'membeli' kepercayaan dan keyakinan ibubapa dan pasangan yang anda mampu menjalankan tanggungjawab sekiranya berkahwin kelak.

8- Anda perlu bijak dalam melakukan perbincangan bersama keluarga bagi menyatakan hasrat anda berkahwin seawal usia yang muda. Cari mood yang baik dan pastikan kesemua tips-tips di atas sudah dipenuhi. Bawa berbincang dan tunjukkan kesungguhan anda dalam perkara ini. Ambil hati ibubapa anda supaya mereka dapat mendengar dengan baik dan tidak membantah. Minta juga nasihat dan pendapat dari mereka.
9- Sekiranya cadangan dan permintaan anda ditolak, jangan berputus asa. Teruskan usaha dan tunjukkan kesungguhan yang mendalam terhadap perkara ini. InsyaAllah lama-kelamaan keyakinan dan kepercayaan ibubapa anda akan datang dan mereka sendiri akan menanyakan semula permintaan anda untuk berkahwin. Terus berdoa usaha dan tawakal.InsyaAllah.

Kenapa Kahwin lagi Best dari Single and Couple ?

Kenapa Kahwin lagi Best dari Single and Couple?

.menunaikan tuntutan agama 
.ada teman berbual sepanjang masa (dalam tidur pun boleh berbual) 
.ada orang tolong buatkan air 
.si dia boleh tolong picit-picit kalau penat
.ada orang yang jaga sakit pening kita
.tak lagi dipandang serong oleh masyarakat bila berdua-duaan atau berpegangan (sebab masa couple, orang tau yang korang belum kawin~)
.ada bantal peluk yang lagi best dari support pillow. wahahaha...
.ada orang tolong kejutkan bangun tidur
.makan pakai terjaga
.semua pun halal~ ngeh..ngeh..ngeh... ;)
.ada teman setia untuk ketawa dan menangis
.simpan duit sama-sama and boleh share sama-sama...
.rancang hari tua bersama
.masa depan terjamin bila sama-sama merancang
.seronok mengingat banyak kenangan dari bercinta sampailah membesarkan anak-anak

best kan kahwin?
so...... jangan couple lama-lama and jangan menyesali hidup bersendiri terlalu lama kerana mengelak nak kahwin. tapi yang paling penting carilah pasangan yang terbaik dalam hidup kita

Saya suka katakan bahawa pasangan terbaik kita adalah pasangan yang ada tulang rusuk yang sepadan dengan kita (tapi tak bermakna sama bentuk fizikal. ada maksud tersirat yang dalam). betol tak??

fikir-fikirkanlah~













*copied. Hee.

Wednesday, 30 May 2012

Jarak kita :')

Jika RINDUKAN SESEORANG, PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH :

" Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah, Jauhkanlah aku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu. Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..

Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..

Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..

Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..

Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..

Dan dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..

Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia

Sunday, 27 May 2012

Good luck ! :)

Esok orang tue dah daftar kat matriks dah.
Dye dah jadi budak matriks.
Dah besa.
Fuyoooo.
Haha :D

Good luck okay kat sane nanti.
Tak maw nakal-nakal.
Hehe.
Belajar rajen-rajen taw.
Ingat azam awak.
Jangan lupe.
Kalau lupe cari alarm awak nie. ;)

Jage solat jage diri jage pandangan jage iman taw.
Kalau tak siap !
:p

Kalau ade pape problem.
Cari la ah jie awak nie.
Hope boleh tolong. 
Kalau tak boleh tolong pun hope boleh jadi listener yang baek. :)

 Ingat ayat nie always okay.

 Tekan gambar kat atas nie taw.
Nanti dye gerak-gerak.
Haha.
Sewel sikit. ;)

Good luck my dear.
All the best at there.
Saye always support awak.
Iloveyou. :)

Tuesday, 22 May 2012

Terima kaseh awak ! :)


Awak.
Terima kaseh.
Sebab sudi datang rumah.
Sebab sudi belikan saya barang-barang.
Sebab sudi layan saya yang always tak betol.

Sebab sudi buat kek beras dengan saya.
Sebab sudi gila-gila dengan family saya.
Sebab sudi sayangkan meme and fluffy.
Sebab sudi sayangkan ibu and ayah macam parents awak sendiri.
Sebab sudi share semua dengan saya.

Kalau nak tulis semua memang tak cukup satu blog.

Apa-apa pun.
Saya just nak berterima kaseh kat awak sangat-sangat.
Thanks because always being beside me.
I LOVE YOU !! :)










Sunday, 13 May 2012

Kahwin Usia Muda Dan Tahap Wajib Kahwin

kahwin muda

Perkahwinan adalah suatu benda yang cukup berat. Ia melibatkan soal amanah, tanggungjawab dan hubungan yang berterusan sehingga mati. Ia juga merupakan perbincangan tentang suatu alam yang penuh dengan dugaan dan cabaran, baik dari segi lahiriah mahupun batiniah.

Nikah kahwin suatu perkara yang berat. Memang berat.
Bermakna , bukan calang2 orang yang ‘lepas’ untuk masuk ke alam tersebut. Ibarat kata, kalau belum penuh ilmu di dada, jangan berani2 cakap pasal kahwin. Lebih kurang begitulah.
Tetapi hari ini, kita bercakap tentang perkahwinan untuk golongan muda, atau dengan istilahnya kahwin muda. Bukan bermakna perkahwinan itu untuk golongan tua. Tetapi perbincangan tentang nikah muda lebih kepada golongan remaja yang pada pandangan umum belum lagi matang, tidak mempunyai kerjaya, masih belajar dan sebagainya.
Sudah tentu, pernikahan atau alam perkahwinan yang merupakan perkara berat, sukar untuk dipadankan dengan golongan muda, yang kebanyakannya masih mentah dan ditakuti tidak berupaya menanggung tanggungjawab perkahwinan yang berat tersebut.
Dari situ, wujudlah perbincangan dan perbezaan pendapat tentang kahwin muda. Boleh atau tidak. Wajar dibenarkan atau wajar disekat. Belajar dulu atau kahwin semasa belajar. Wajib ada kerja dulu atau tidak. Serta berbagai2 perbincangan yang lain.
Baik, untuk tidak mengusutkan lagi keadaan, saya rasa ada baiknya kita bincangkan secara keseluruhan kahwin muda ini dengan lebih jelas.

HUJAH
Pertama sekali kita perlu faham, bahawa pihak yang menggalakkan ada hujahnya dan pihak yang melarang juga ada hujahnya. Seperti biasa, kita mahu mencari kebenaran. Bukan mahu sengaja memberi menang atau condong kepada mana2 pihak.
Kedua, perbincangan tentang kahwin muda bukan perbincangan yang bersifat objektif atau tetap. Ia suatu perkara yang subjektif. Dengan kata lain, ia bergantung pada individu dan keadaannya.
Seperti yang kita sedia maklum, hukum nikah tidak akan lari dari 5 hukum sedia ada. Samada ia menjadi wajib, sunat, harus, makruh ataupun haram. Maka, perbincangan tentang mahu membenarkan nikah awal ataupun melarangnya, sangat2 bergantung kepada 5 hukum tersebut.

Jadi, perlu faham dengan baik2. Saya ringkaskan seperti di bawah :
Situasi A : Seorang pemuda yang mahu berkahwin, sudah mempunyai pasangan, tetapi belum mempunyai kerjaya yang tetap atau masih belajar.
Dalam keadaan di atas, hukum berkahwin ke atas pemuda tersebut masih di tahap harus semata2. Jadi, kalau satu pihak mahu menggalakkan dia berkahwin muda , maka hukumnya harus. Kalau satu pihak mahu melarang dan menyuruh supaya difokuskan pelajaran, juga harus. Pada saya, pendapat kedua lebih baik. Iaitu berusaha menumpukan perhatian pada pelajaran terlebih dahulu.
Situasi B : Seorang pemuda yang mahu berkahwin , sudah mempunyai pasangan, belum mempunyai kerjaya, tetapi tidak mampu menjaga perhubungan antara dia dan pasangannya. Kerapkali terjebak dengan maksiat dalam perhubungan tersebut. Tidak lagi dapat menumpukan perhatian pada pelajaran, begitu juga pasangannya.
Dalam keadaan di atas, hukum berkahwin ke atas pemuda tersebut adalah wajib. Bukan lagi harus mahupun sunat. Ini kerana, dia berada dalam keadaan melazimi maksiat atau zina, dengan asbab dia menangguhkan perkahwinan. Kalau satu pihak mahu melarang dan mencegah dia dari berkahwin muda, maka itu salah sama sekali. Seharusnya, semua pihak mendorong beliau supaya dapat berkahwin walaupun masih muda.
Baik, sekarang saya nyatakan dengan jelas. Pendapat saya, golongan yang berada dalam situasi B adalah wajib berkahwin. Dan saya sangat menyokong alternatif ‘nikah khitbah’ kepada golongan2 seperti ini. Dan selepas ini, perbincangan saya tentang ‘kahwin muda‘ adalah khusus kepada golongan yang berada dalam situasi ini sahaja. Iaitu wajib kahwin. Bukan yang sunat, bukan yang harus.

KENAPA HALANG ?
Semua orang tahu, pihak yang melarang kahwin muda kebanyakannya mempunyai hujah yang sama, iaitu belum cukup pengalaman, tidak matang, tidak ada kemampuan dan yang sewaktu dengannya. Saya tidak menafikan bahawa ini merupakan satu risiko, disebabkan perkahwinan itu suatu perkara yang berat.
Tetapi dalam masa yang sama, mereka berdepan dengan satu lagi risiko yang lebih besar, iaitu zina. Zina ialah suatu maksiat kepada Allah yang sangat besar dosanya, bahkan ia mengakibatkan rosaknya keturunan, penyakit kelamin, gejala buang bayi dan aids. Mudharat atau risiko ini sangat2 besar berbanding mudharat atau risiko tidak berapa matang, kurang berkemampuan , belum bekerja, masih belajar dan sebagainya.
Maka kita menggunapakai kaedah fiqh , iaitu menimbang antara dua mudharat. Selepas ditimbang, terbukti mudharat kedua iaitu zina lebih besar, berbanding mudharat pertama. Maka, mahu atau tidak, kita wajib mengambil mudharat kedua yang lebih ringan. Lalu, kahwinkan mereka dalam usia yang muda adalah langkah terbaik.
Masihkah dapat kita bertoleransi dengan golongan2 yang masih berkeras melarang, sedangkan situasi anak2 mereka sudah berada di tahap yang begitu serius? Masih lagikah kita mahu bertangguh2 dan ‘meraikan’ pendapat mereka sedangkan setiap hari berlaku kemungkaran dan kemaksiatan kepada Allah yang begitu dahsyat..?
Cubalah letakkan agama di depan. Letakkan maqasid syar’iah itu di depan. Syariat ini Allah turunkan semata2 untuk mengislahkan manusia dan mengelakkan manusia dari mudharat. Lalu kenapa masih kita berkeras sedangkan kemudharatan bertimpa2 di depan mata?

PUASA
Ini juga suatu isu. Ada golongan berpendapat, janganlah diambil hadis tentang anjuran berkahwin itu sekerat2. Sabda Nabi s.a.w : ” Wahai pada pemuda, barangsiapa yang mempunyai kemampuan dari kalangan kamu, maka berkahwinlah, kerana kahwin itu boleh menjaga pandangan dan boleh menjaga kehormatan. Jika kamu tidak mampu maka berpuasalah, kerana pada puasa itu ada penjagaan ”
Kata mereka, nabi anjurkan berpuasa untuk orang yang tidak mampu berkahwin. Lalu, golongan2 yang berada dalam keadaan wajib kahwin pun disekat dengan hujah yang sama. Pada saya, ini jelas sekali tidak memahami syariat. Islam bukan suatu agama yang sedemikian zalim, sehingga membebankan manusia dengan apa yang dia tidak mampu. Islam itu agama rahmat, jadi jangan sampai kerana kita, orang lain gagal melihat rahmatnya Islam.
Anjuran berpuasa itu terpakai untuk golongan yang hukum kahwin pada mereka masih di tahap harus mahupun sunat. Adapun di tahap wajib, ia tidak terpakai. Sebaliknya wajib berusaha dan ditolong semampu mungkin untuk mereka berkahwin.
Ada juga pendapat yang menganjurkan mengembara, supaya dapat melarikan fokus daripada berkahwin. Sekali lagi, pendapat ini terpakai untuk keadaan harus dan sunat sahaja. Adapun dalam keadaan wajib, ia lebih merosakkan berbanding memberi kebaikan.

MAMPU DAN BERSEDIA
Golongan yang berada dalam keadaan wajib kahwin ini wajar dibantu, bukan dikritik. Mereka ini ada kalanya tidak mampu tetapi sudah bersedia. Mereka bersedia untuk menjadi seorang suami, untuk memikul tanggungjawab, untuk menjadikan kahwin sebagai wasilah berubah dan menjadi seorang hamba Allah yang lebih baik. Tetapi mungkin mereka belum mampu terutama dari segi kewangan.
Patutkah diminta hantaran berbelas ribu pada mereka? Patutkah ditagih kerjaya tetap, berkereta dan mempunyai rumah pada mereka? Sebenarnya, ini yang menjadikan mereka tidak mampu. Tidak mampu kerana mereka dibebankan. Tetapi kalau tidak dibebankan, saya optimis mereka sebenarnya mampu.
Rezeki itu di tangan Allah, bukan manusia. Asalkan mereka ada tekad yang baik, niat yang ikhlas, bersedia menanggung tanggungjawab, bukan bermain2, serius mahu berubah, maka mereka wajar ditolong. Salah satu caranya adalah dengan mempermudahkan perkahwinan kepada mereka.
Apabila kita permudahkan kepada mereka, maka jadilah mereka orang yang mampu dan bersedia. Jadi tidak timbullah soal kemampuan dan sebagainya. Apa yang lebih penting adalah individu muslim dan bait muslim terlaksana dengan baik.

NERACA WAJIB KAHWIN
Baik, saya mahu timbulkan soal wajib kahwin.
Sebenarnya, keadaan mana yang dikira sebagai wajib kahwin..?
Ini kerana, istilah wajib kahwin itu kedengaran begitu ‘aib’ pada sebahagian orang, sedangkan dalam masa yang sama mereka tidak sedar yang mereka berada dalam keadaan tersebut!
Mudahnya begini.
Pada mereka, orang yang tidak tenteram hidupnya, bergelodak nafsunya, sampai tahap tak boleh tengok perempuan, sampai tahap kalau tidak dapat kahwin, comfirm akan berzina, cari pelacur dan sebagainya, maka inilah orang yang berada dalam tahap wajib kahwin.
Habis bagaimana pula dengan orang yang tidak sampai ke tahap tersebut, tetapi setiap hari terjebak dengan maksiat dalam perhubungan?
Umpamanya, kerapkali bertemu ( dating ), berpegangan tangan, bercumbu2an , ringan2 ( tidak sampai ke tahap berzina ), bercakap dengan kata2 yang menaikkan nafsu syahwat dan sebagainya?
Itu keadaan pertama.
Keadaan kedua , jarang bertemu, tetapi sering berhubung di telefon, di internet, main sms, ayat2 jiwang, bergayut siang malam dan sebagainya?
Apakah kedua2 keadaan ini bukan keadaan wajib kahwin..?
Habis hukumnya apa? Harus? Sunat?

HARAM
Apa yang diharamkan oleh Allah dalam bab hubungan lelaki dan wanita adalah jelas. Baik dari segi melihat, bercakap dan bersentuhan. Segala nas dan dalil ini adalah qat’ie dan tetap. Haram tetap haram. Bahkan ia turut dinamakan sebagai ‘zina’ dalam hadis. Mata yang berzina, telinga yang berzina dan tangan yang berzina. Apatah lagi kalau sehingga melibatkan nafsu syahwat.
Saya percaya, zaman ini, ramai pasangan yang bercouple dan berada dalam situasi ini. Tetapi mereka tidak merasakan mereka di tahap wajib kahwin. Mereka tidak merasakan apa yang mereka buat sebagai dahsyat atau teruk. Mereka tidak merasakan mereka dalam keadaan ‘terdesak’ sehingga wajib kahwin cepat2. Mereka tidak merasakan mereka akan terjerumus dalam lembah penzinaan pun kerana mereka kononnya ‘menjaga’.
Pada saya, semua situasi itu adalah situasi wajib kahwin. Kerana tidak ada istilah sunat mahupun harus untuk keadaan2 yang melibatkan perkara haram dan kemaksiatan kepada Allah. Hanya perkahwinan merupakan jalan keluar kepada pasangan2 yang berada dalam semua situasi di atas.
Malangnya, ramai yang berada di tahap wajib kahwin, tetapi langsung tidak menyedari hakikat tersebut. Maka hiduplah mereka dalam dosa dan kemaksiatan setiap masa dan waktu.

ISU ZINA DAN GILA SEKS
Kadang2, bila kita bercakap soal mendorong golongan muda supaya segera berkahwin dengan sebab2 yang dibincangkan di atas, maka akan timbul pula satu pendapat, yang mana seolah menyatakan saranan kita sebagai tidak relevan.
Ada pendapat yang menyatakan bahawa kahwin bukan ‘ubat’ kepada kaki zina dan kaki seks bebas.
Benar. Saya setuju seratus peratus. Bahkan saya tidak pernah menyatakan bahawa kahwin muda adalah ubat kepada orang muda yang kaki zina dan kaki seks bebas.
Kahwin adalah satu wasilah untuk memperbaiki diri dan menjaga perhubungan serta mengelakkan zina. Apabila berada dalam dunia penuh tanggungjawab, mereka akan mula berubah ke arah yang lebih baik, dan dalam masa yang sama tuntutan nafsu mereka juga terjaga.
Tetapi terkecuali di sini manusia yang mahu berkahwin semata2 kerana nafsu dan seks!
Kalau kita menyuruh mereka untuk segera berkahwin semata2, maka kita sebenarnya meletakkan mereka dalam mudharat yang lebih besar. Apa yang mereka fikir hanyalah tentang seks, maka apa jaminan kita bahawa selepas berkahwin mereka akan tenteram dan berhenti dari mengamalkan seks bebas? Tidak mustahil, tabiat tersebut menjadi lebih teruk dan tekanan dalam alam rumahtangga akan membawa kepada perceraian.
Tidak, saya sama sekali tidak bersetuju dengan keadaan di atas. Berkahwin atas dasar nafsu semata2 bermakna perkahwinan tersebut akan runtuh bila2 masa sahaja.
Ubat kepada maksiat tersebut adalah taubat. Tujuan perkahwinan perlu disedarkan kepada mereka terlebih dahulu. Ada step dan peringkatnya. Bukan sembrono kita galakkan supaya berkahwin muda. Jauh sekali untuk membiarkan mereka berseronok semata2.
Dan untuk melakukan semua kerja di atas, kita perlukan tenaga yang ramai. Seharusnya, semua pihak berpakat untuk menjayakan misi kahwin muda kepada generasi hari ini. Hubungan mereka dengan Allah sudah tentu menjadi agenda utama kita dalam mengajak mereka ke arah perkahwinan mengikut syariat.

KESIMPULAN
Pada saya, usaha ke arah menggalakkan remaja hari ini supaya berkahwin adalah suatu usaha yang sangat baik. Pelbagai pihak patut menyumbang dalam menjayakan usaha seperti ini. Alangkah bagus jika ada pihak yang memberi fokus dalam usaha menyedarkan golongan muda ini tentang Islam, tentang hubungan mereka dengan Allah, pembinaan jatidiri sebagai muslim yang mukmin dan sebagainya. Satu pihak yang lain pula memberi fokus dalam usaha membantu mereka mendapatkan sumber kewangan untuk berkahwin, membantu mereka dalam membuat perancangan hidup dan sebagainya.
Seandainya usaha2 ini dilaksanakan, dan golongan muda tidak lagi melihat perkahwinan sebagai jalan keluar yang mustahil bagi mereka, saya optimis, gejala sosial yang semakin merosakkan anak muda kita hari ini akan dapat dikurangkan.
Semoga Allah menyinari hati2 kita dengan petunjukNya. Amin
Sekian.

p/s: Kata-kata Ustaz Azhar Idrus dalam Petua Mencari jodoh

Tuesday, 8 May 2012

5 Tips Jimat Untuk Kumpul Duit Kahwin





 

Salah satu cara yang paling ekspress untuk meningkatkan kewangan anda adalah dengan mengurangkan perbelanjaan dan mencari jalan untuk menjimatkan wang. Bagi kaum lelaki khususnya, wang adalah aspek yang PALING penting dalam merancang bajet perkahwinan. Tips-tips di bawah sangat sesuai diamalkan oleh mereka yang sedang dalam proses ke arah berumahtangga:

1. Jangan selalu beli barangan branded
Kadang-kadang, most of the peoples memang suka guna barangan berjenama atau branded. Better quality, they said. Betul tu tapi harganya memang confirm mahal! Tetapi anda kena ingat yang sekarang nie, objektif anda adalah untuk cut-cost demi nak save bajet untuk kahwin.

2. Jaga keselamatan dan kesihatan anda
Sentiasalah pakai tali pinggang dan topi keledar semasa keluar dengan motor atau kereta. Cuci tangan dengan bersih bagi mengelakkan jangkitan H1N1 dan penyakit2 lain. Kalau anda rajin jaga kesihatan, gerenti anda boleh elakkan daripada membayar bil hospital yang terlampau tinggi tu.

3. Kurangkan ‘dating’ pada setiap hujung minggu
Untuk mereka yang bekerja, hujung minggu mungkin adalah masa yang korang tunggu-tunggu supaya dapat keluar berjalan-jalan bersama awek tersayang. Masa keluar ni, memang confirm duit anda pun akan ‘keluar’ sama. Yelah, masa keluar makan, takkan awek pulak yang kena belanja, kan? Jadi, kalau dah kemaruk nak kahwin, kurangkan ‘dating’ pada hujung minggu yer. Kalau awek marah-marah, cakap kat dia “Sayang, abang nak simpan duit untuk pinang sayang…”

4. Kurangkan membeli suratkhabar / majalah
Untuk orang yang tak gemar membaca, ini takkan jadi masalah. Memang elok kita membaca suratkhabar untuk tahu perkembangan semasa, tetapi sekarang nie dah ada cara jimat untuk membaca paper, iaitu melalui Internet. Kalau kat rumah atau ofis anda ada Internet connection, surf je laman-laman suratkhabar seperti Utusan, Metro dan lain-lain lagi dan baca saja di situ. Kan jimat tu. Untuk yang suka membaca majalah hiburan pula, baca je blog gosip artis kat internet.

5. Kurangkan membeli gajet elektronik
Di zaman IT yang serba canggih ni, semacam ada tarikan magnet untuk membeli dan menggunakan gajet-gajet yang mewah dan berteknologi tinggi misalnya PS3, Garmin, Tablet PC dan sebagainya. Kebanyakan daripada alat-alat ni memang serius mahal. Remaja memang sangat mudah tertarik untuk beli. Jadi, untuk elak dari membeli, buat-buatlah tutup mata bila nampak gajet-gajet baru ni.

Wednesday, 2 May 2012

Dengan rasminya :)


OUR OWN BLOG ! :D